Wednesday, May 25, 2011

Wahai wanita, FEDORA HAT dah ganti tudung


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Hi semua! Duduk nengok Lu Pikirlah Sendiri lakonan Nabil memang minta maaf laa nak cakap ye Nabil, even den bukan ler pelakon ke bekas pelakon, den nak bitahu ni der, den memang rase ejang xreti berlakon. Termasuklah Puteri Sarah tu.

Nasib la ade Meet Uncle Husin, si lan ni memberi aspirasi sungguh bila nampak dia gayakan Fedora Hat. Memang xdisangkal lagi la Im in love gila-gila dengan Fedora Hat ni. Korang tahu x F.H tu apa? Ala, topi yang Bruno Mars and The Late Micheal Jackson pakai la!



even Serena Van Der Woodsen my IKON pon pakai tau!


F.H ni korang leh laa buat research or literature review after read this article: http://en.wikipedia.org/wiki/Fedora and http://www.luvclothez.com/index.php?main_page=index&cPath=16_63_7_19_15 boleh laa baca. Kalau nak tahu lebih, google kan ada!

F.T ni memang mostly digayakan untuk musing-musim panas la, musim ujan macam Malaysia ni, orang pakai topi siap payung atau handsfree umbrella.



Tapi, walau secanggih mana pon handsfree umbrella, walau secantik mana pon pakai model kat atas tuh promote payung kepala dia, aku tetap nak pakai F.H. Arghh, pedulikan la, hujan ke, panas je, mendung ke, tsunami ke, aku nak jugak bergaya berangan ngan F.H. Siapa cakap perempuan bertudung xboleh pakai topi? Siapa cakap?


heliza dengan shawl dan F.H.


H.T. with F.H.

Whatever it is, I will struggle for this 4 months in order to make more manoy and buy anything that I ever dream! Hopefully k, doakan laa wey.
Till then, tq baca k!

Monday, May 23, 2011

Penuhkan CLOSET masuk semester baru

Asslamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Semangat betul aku kan nak masuk semester baru. Sepanjang aku dok lepak depan laptop usha-usha baju-baju online, tudung dan kasut segala bagai untuk bergaya sakan bak Hana Tereksima ni terdetik lak kat hati aku untuk buat entry berangan.

Aku ade jugak berangan sikit-sikit untuk penuhkan CLOSET aku bila naik semester baru nanti. Lumrah seorang gadis macam aku ni, asal masuk semester baru, dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki, mesti ada satu dua barang baru. Orang lain aku xtahu laa. So, aku nak laa bagi tahu korang apa jenis- jenis oufit yang aku akan penuhkan dalam CLOSET aku nanti, Insayaallah. Kita mulakan dulu dengan

Headgear


Headgear ni mcm shawl, ribbon, skarf dan segala sanggul bagai. Kali ni, akalu berpeluang, aku nak try satin shawl ala-ala kak Hana and kak Yuna. Maybe, aku nak borong Maysaa punya inner skarf sampai buncit. Lately ni orang sibuk-sibuk pakai satin shawl, aku pon xnak laa kurang, nak jugak satin shawl!


Outwear


Untuk outwear ke kuliah, ni aku kena alert sikit laa terutamanya pada cuaca dan keadaan semasa UMP. Seperti sedia maklum ye, iklim tropikana kat Gambang tu bukan laa selalunya menyebalahi orang kakiketiakbasah macam aku ni, so, xsesuai la untuk aku pakai innerwear ngan T-shirt, jadi cardigen or loose blazzer laa pilihan aku semester hadapan. Lagi pon formal kan. Kalau nak pakai baju kurung, xde maknanya untuk gadis aktive macam aku ni. Aku ade la survey blazzer-blazzer kat Topshop, Forever 21 and Zara, tapi bukan la plagiarize tau, aku cuma ubah sikit-sikit detail blazzer tu dan jahit blazzer sendiri. Nak beli mahal!



Legwear

Untuk legwear, kalau nak pakai tide or legging perempuan muslimah bertudung dan curvy macam aku ni pasti akan dikecam oleh masyarakat UMP. Jadi, baik aku elakkan laa. Buat masa ni Jeggings ala-ala jeans je mungkin sesuai kot untuk aku. Tu pon kalau aku ade daya saing untuk kuruskan selulit, mesti lagi cantik kot. Kalau basic skirt, scallop skirt atau lace skirt pon aku rasa aku nak beli tok pakai pergi kuliah. Ala satakat skirt with boyfie loose T-shirt pastu tide in kan, mesti nampak kemas dan leh laa sorok perot muncit aku ni. Ni laa masalah aku, lepas makan mesti buncit! @#@$^!!!!


Footwear


Aku ni sekarang demam boots dan tapered shoe. Nasib la semester lepas aku dah try skali tapered shoe ni, jadi xde makne laa aku nak beli lagi. Commonly, fashion week Korean for Spring and Autumn Collection musim lepas semuanya mengila babun tunjuk boots and Supra. So, keinginan aku tok ubah sikit keadaan kaki aku ni semakin sampai ke puncaknye bila aku lihat banyak online blogspot yang jual Supra and Boots.

Bagi gadis semasa macam aku ni, bergaya adalah satu kemestian memgikut kesesuaian dari bentuk tubuh dan keadaan sekeliling kita. Macam aku ni, dah jadi ex-shopaholic, xde laa shopping membabi buta. Even aku yang xshopping ni pon duit xcukup, masakan kalau aku bershopping.
Entry ni cuma laa angan-angan aku, misal aku ade duit lebih before or after masuk semester baru ni. La ni kerja part time, gaji pon xdapat lagi dah angan-angan. Memang segala yang aku tulis ni jadi semangat pendorong tok aku kompol duit banyak-banyak, selesaikan hutang piutang dan bersungguh-sungguh belajar supaya ada duit je.

Banyak sgt melalut!








Orang Terengganu ni MEMANG laa!



Assalamualaikum & salam 1 Malaysia!

Selama 3 hari trip around negeri Terengganu, letih sangat. Yela, even bukan aku drive, tapi aku letih coz perjalanan yang jauh dan masa yang panjang sangat-sangat memenatkan dan kadang2 membosankan.

Tapi kan, nak cerita sikit la, pasal Journey to Terengganu. Orang ganu ni bagi aku diorang ni memang, memang dan memang pembersih belaka. Iya! Klau sapa yang pernah jalan gi terengganu, serius, kalau dari kuantan tu, start from Kemaman to Kuala Terengganu memang puas hati tengok kebesihan yang diamalkan oleh Majlis Pembandaran Terengganu.

bersih kan? Melaka pon bersih jugak!

Yang peliknya lagi, aku betul-betul jealous la dengan perempuan-perempuan dekat sana, diorang punya kulit mulus-mulus gila! Mak aku kata, "diorang banyak sangat hentam keropok lekor" tu la pipi gebu-gebu. Hairan tau, diorang kan mostly hidup di persisiran pantai, tapi, xhitam! Comey lote laa katakan.


Tapi kalau dari segi makanan, aku rasa aku xboleh masuk dengan kuah-kuah dan segala rempah bagai kat sana. Yela, rakyat dia masak manis-manis waei'ma kuah kari sekalipun. Tapi keropok lekor memang first class la beb! Kalau orang cakap Losong pengeluar keropok famous, aku akui. Tapi, pengeluar keropok sedap, uolls boleh laa try kt Jalan Seberang Takir Kuala Terengganu. Gerai dua tingkat sebelah selekor. Kalau yang agak-agak kebobo atau gelojoh tu, bawak laa bertunang ye..heehhe... Hati-hati di selekoh!

Ni nak cerita pulak pasal Pasar Payang! Kalau jadi perempuan ni, gi Ganu memang rugi laa xsinggah tunjuk hidung kt Pasar Payang ni. Pasar Payang memng dah berubah habis kata mak aku. Yela dia pergi situ 20 tahun yang lepas. Macam Jonker Walk Melaka dah aku nengok susur gajah nak ke Pasar tu. Memang maju betul laa pernigaan orang Melayu kat area KT ni. aku sedikit jealous dengan bebudak Terengganu yang cuti semester ni. Yela, diorang memang senang nak cari kerja kosong yang menyediakan tempat solat, halal dan orang bangsa sendiri (ini bukak statement racist k). Orang Melayu Ganu memang aku salute habis laa coz diorang berani ambil risiko buat perniagaan, kalah bangsa-bangsa lain majunya!



Banyak sangat aku puji orang Ganu ni sampai kembang cik siti! Cecite2 pasal orang Ganu, lupa lak nak cerita pasal percutian sambil menghantar adik no 2 aku sambung study kat UiTM Dungun. So aku nak laa tunjuk gambar sedikit mikit aku berangan dengan lensa!


dekat masjid Krital, Tman Tamadun Islam ada laa sejenis restoran ala-ala arab. Ni air Istak datang dari Iran. Rasa masam macam air jeruk!

Thursday, January 6, 2011

Maintenance Tinggi oww!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Hi u ollss, semalam, masa aku dok berbual kokkekkokkek di kafeteria UMP, suddenly aku terfikir beberapa postulates logik akal untuk jadi entry blog aku. As usual, dekat bilik, aku terkenal dengan sikap yg suka sgt bagi postulate yg kadang2 masuk akal.

Adakah korang berpuas hati dengan hidup korang sekarang? Adakah korang lelaki2 yg macho pada abad ini? Adakah korang betol2 mencintai girlfriend korang? Adakah korang perempuan temahal di pasaran? Adakah kereta korang cantik sgt? Adakah itu, ini dan itu?!!!!!!! Mesti korang bangga kan masa jawab sampai muka jadi mcm ni?



Haa..jaga2 cik Salmah, fikir2 sebeblum jawab.

Berbalik pada topik, hidup zaman skang ni der, mana boleh ada perkataan puas hati. Bak kata omputeh, "satisfaction". Banyak keputusan yg dibuat memerlukan maintenance yg tinggi. Yela, barang mahal bhai. Contohnya:

1) Lelaki bila ada awek


Kebaikan: bangga, awek cun, boleh belai2, boleh gayut2sampaidahanpatah, boleh manja2, boleh panggil sayang,baby, honey.

Keburukan: Bila dating, kene keluar down town, kene bayar minyak, kene bawak makan2, kene nengok wayang, awek kaki shoping kene belanja wedges, kene belanja puff shoulder shirt.

2) Mereka bila berkereta

Kebaikan: Boleh pergi berjalan2, xyah berpanas2 jalan kaki sampai kene hon2 dengan bas kilang, boleh outing sabtu ahad tanpa membayar sewa.

Keburukan: Kawan pijak kepala & ajak gi outing sama2, duit habis peegi service and isi minyak, awek bontot besar sampai seat koyak.

3) Perempuan bila rebonding rambut


Kebaikan: "Guna jari pon boleh"

Keburukan: Free hair lagi baik sampai dapat masuk neraka, bila buat experiment dekat laboratory habis rambut terbakar kene acetone sebab xikat, timbul rasa berlagak bila rambut kene tiup angin, rambut gugur penat kene sapu.

4) Orang yg pakai handphone

Kebaikan: Boleh pasang ringtone kuat2 time lecture, boleh mesej2 dengan skandal, boleh wifi

Keburukan: Kene beli topup sebab nak mesej2.

Nie la dia, semua bende milik korang yg perlukan maintenance tinggi. Bak kata org, mana ada bende free skang. Postulate aku ni bukan boleh percaya sgt. Tapi kalau korang ada pendapat lain, boleh laa komen k.

Ok, buhbye! Tq for reading and blogwalking!


Tuesday, January 4, 2011

ada projek.


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Aku ada plan untuk buat 1 projek dalam blog ni. Ni just teaser je tau. Maklum la, sekarang ni dah mula semester baru, mesti ada azam baru nak2 dah masuk tahun baru.

Lately ni kepala aku masuk air dan menyebabkan otak ni kurang idea untuk menulis apa2 entry. Tapi bahan dah cukup cuma mood belum datang lagi. Mungkin sehari dua ni aku akan bua blog walking sebab usha-usha aktiviti2 blogger lain besides dapat la aku curi2 ayat sampai syurgha mereka semua.

Ok, thats all laa noks, mak nak pergi mulakan projek azam baru. Insyaallah nanti akan ditayangkan. Zass~

tiada motif
:Vinci specs:
:unbranded wavy shawl:

Monday, December 27, 2010

Kakak Kidal


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Bismillahhirahman hir rahim, dengan ini, www.kakakkidal.blogspot.com is officially begin after a lot of maintenance works have been done!
Yay, Im Aiza Abd Rahman, new layouts, new page and new face in this blogger world.
All I want to do is just to write any changes in my life inside this blog.
Im new here, nice to meet you!

p/s: this blog will be in dwibahasa. Please dont critics if my English is poor, coz Im not purely Britain or American. Im Malaysian. But at least I try to write in English