Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Selamat pagi uolls! Semalam aku upload gambar Blueberry Torte di Facebook untuk menunjukkan kelebihan dan skill memasak yang aku pendamkan selama ni.
Nak dijadikan cerita, masa hari Khamis minggu lepas, bonda was outstation dan menjadi satu tanggungjawab sebgai anak perempuan sulung pertama dan utama untuk menyedikan sumber bekalan hidup lauk pauk dan makanan kepada adik2 dan ayah supaya mereka tidak kebuluran kan kan kan. So aku masak pelbagai jenis lauk pauk simple yang confrime sapa yang makan tak meninggal punya.
Tapi tahap kerajinan yang memuncak sehingga buat aku bertambah rajin dan membazirkan duit beli belah barang2 membuat kek di kedai kan kan kan. Aku ni bukan la seorang yang rajin bebenor kat dapur dan seorang yg merendah diri. Yela, xsuka nak menunjuk-nunjuk kelebihan memasak aku.
Tapi, maks kat luar sana sebok dok canang aku xtahu memasak dan pemalas, jadi aku pon tampil nak tunjukkan skill. Apa lagi, muncul la Blueberry Torte!
Ala, setakat Blueberry Torte ni, "celah gigi" pon boleh buat la. Cara membuat kek ni senang je. First uolls kene la siapkan membakar sponge chocs cake. Secondly, bila kek dah sejuk, korang kene memutarkan whipping creme. Yang aku pakai adalah bejenama Mauri. So, ni yang non-dairy punya. Lepas tu, korang potong 2 layer or 3 layer kek tu, then korang spreadkan whipping toping tu atas the cake layer dan campakkan blueberry filling kat topping tu, pastu tampal dengan another layer of cake. Lastly, korang finishing the toping for the whole cake. Then buat la hiasan yang perlu.
Aku, buat kek ni, sambil tido ternganga la. Tak de hal la! Semua perempuan mampu menyiapkan kek ni ok. Selamat mencuba.
Tq baca!