Sunday, December 9, 2012

Live My Life- Justin Bieber

Assalamualaikum.



Profile

Nama: Aiza Abd Rahman
Blog: kakakkidal.blogspot.com
Umur: 22 Tahun
Status diri: Bujang tapi berpunya
Bahasa penulisan: Melayu & Omputih
Tempat lahir: Melaka
Kelebihan diri: Pandai membuat kek dan semua manisan, pandai memasak, cukup semua perkara yang ibu mertua nak kecuali menjahit dan mengemas :) 
Kekurangan diri: Selalu cakap lebih, tapi buat nye tidak, sentiasa kekurangan duit hahahahahaha
Hobi: Mengambil gambar sendiri dan verangan
Adik beradik: 4 org
Kos pengajian: Chemical Engineering ( Biotechnology)
Makanan kegemaran: Maggie goreng
Minuman kegemaran: Susu putih cap lembu
Profesional dalam: Memasak kek tiramisu
Favorite movie: Twilight Saga & Harry Potter
Favorite artis: Lana Del Ray
Favorite song: Adele- Lovesong
 
Actually, aku dah lama dah teringin sangat-sangat nak restart blogging balik. Aku rasa aku patut tunaikan harapan aku untuk semadikan semua kisah-kisah bujang, remaja, keluarga, kesedihan dan kebahagiaan dalam sebuat blog yang comel.

Setelah sekian lama aku menyimpan hasrat ini, sekarang aku dah masuk tahun akhir pengajian dlm kos Chemical Engineering. Yelah, aku dah siapkan Final Year Projek, thesis pon on the way, pelajaran pon macam elok- elok sahaja (except Process Control Dynamic dan Plant design) aku xberapa nak datang kelas tu, pray for lulus based on usaha aku yg seciput ni. Ditambah pula dengan internet yang baik di UMP dan several gadget pemberian ayah ku ni, aku rasa aku boleh membantu ku berblogging :)

Malah, aku ade masuk satu pertandingan TURUN BERAT BADAN KE 50 KG anjuran AYAH KU & FAMILY. Tarikh tutup end off December 2013! Giler laa! Mampu ke aku turunkan berat ni ke 50 kg?!! Mampu kah!!! Huhuhuh sedihnya xleh makan KFC Double Down dan nasi dan sambal belacan dan ayam goreng Abg Jimmy kafe Kolej Kediaman 1 :( Sedihnya, aku berhasrat nak ceritakan kesedihan x makan aku kat korang lah melalui blog ni :(

Jadi, jemput- jemput menjenguk blog aku yang mungkin aku akan bercerita apa benda sahaja yang aku rasa mengarut dalam fikiran aku. Aku nak semadikan semua benda mengarut ni dalam blog aku. Aku nak merepek-repek dan mengasah bakat bercerita dan bergosip aku. 

Hahaha. Aku nak apply teknik bergambar dan verangan aku dalam blog ni. Aku nak muatkan semua gambar-gambar yang aku xselalu letak dalam facebook (maklum laa, facebook aku letak gambar sendiri je terlebih). 

Sekian, terima kasih baca :)
 



Tuesday, June 26, 2012

Peristiwa main game.

Asalamualikumm& Salam perantauan kepada kawan2 yg jauh.

Mcm biasa, hari merupakan hari ke 8aku menjalani praktikal. C'mon, lg 52 hari tinggal! Semenjak ada blog-droid, ditambah dgn free wifi, senang laa aku nk berblog balik.

Nak dijadikan cerita, aku ni memang x favor la nk maun game ni, maklum laa otak study, budak dpt dekan memang main game. Untuk aku yg xberapa nk study, photoholic ni, mana la nk main game. Tapi disebabkan sifat aku yg teruja dpt tab ni, aku install laa game2 semua dengan harapn nk main dlm office.

Tp supervisoraku ni mcm boleh baca fikiran aku. Asal aku nk bukak tab je dia soh pergi site mana laa ada chance kan. Tp hr ni aku akan pastikan dpt jugak main game!!
P/s: kalau berjaya, aku sambung entry ni. Nak solat zohor jap:-) meow

Published with Blogger-droid v2.0.6

Gendang dipalu, pengantin maluuuu.

Assalamualaikum dan Selamat Petang.

Haa, hari ni masuk minggu kedua hari kedua aku start praktikal. Minggu ni pon jadual au dipenuhi dengan menghadiri majlis-majlis kahwin danpertunangan orang. Seronok tau sebenarnya pergi kerja kahwin. Bila kita biasakan diri kita pergikerja kahwin, kita akan dpt bnyk kebaikannya. Salah satu, dapat show off baju yang lip lap mcm mak datinsss. Tapi aku bukan laa mereka yg mcm tu. 

Lagi satu, bila pergi kerja kahwin ni, kita dpt mengeratkan hubungan sesama insan sejagat. Eceh eceh, as an example kan, korang xde boypren, bila pergi kerja kahwin, tup tup jumpa jiran lama yg dah besar jadi kacakhensemcutegilos mcm kpop kpop gitu, kan dah boleh buat scandal :)
Haa, bila pergi kerja kahwin, mesti korang, korang kahwin mesti org dtg. Konsep dia mcm roda, bila hari bahagianya, kita gembira bersama, begitu juga ketika hari bahgia kita. Logikklaa, kalau kerja kahwin sedara and kawan pon xdtg, masakan org nk ramai kt kerja kawen sendiri. Life is preety like karma ok. Xguna buat kerja kahwin mcm raja tp huhuh xde org dtg. Kesian jugak. Hihihi. 

Jadi, sentiasa laa korang rajinkan diri ke kerja kahwin yg dijemput. Terutama sekali pengantin itu daripada kalangan famili kita, xkisah laa sepupu ke, sedara ke. Kerja kahwin kawan-kawan pon wajib datang! Aku excited jugak la sebab first time dpt kad jemputan kahwin dari kenalan internet, blogger bebas fofular dan gadis muda yg bertuah iaitu Irine Nadia. Ni actually first time aku dpt kad kahwin dari kawan fb. Yelaa, before this  kad kahwin internet je..xye pon diorang xpernah kahwin. hihihhii.

irine nadia and vel oliver




Friday, June 22, 2012

Percutian $$$$$$

Assalamualaikum &Salam Berhabuk semua.
Hari ni genaplah seminggu aku bercuti dan menjalani praktikal dalam bidang Chemical Engineering di Wastewater treatment plant, Plant Facilities department dekat Infineon Technologies, Melaka.
Actually, aku ni lama gila xtulis blog, so mcm terkekok pulak dah. Hehe.. Semenjak ada Samsung tablet ni, kat mana-mana pun boleh update blog. Serious bukan aku beli, ayah yg baik hati belikan! Yay seronok sgt. Jakun kot ada bende ni. Hari-hari main game masa praktikal! hehe. Mula la nk berInstagram mcm retis. 
Ok back to the topic, so far cuti ni bermanfaat mcm cuti-cuti semester lain. Aku kan suka kerja, sebab nkd $$$$$$ tp kali ni berbeza sikit sebab aku kerja kerana mamanuhi kredit hour umtuk graduate. 


Banyak gila bebel la Aiza kakak kidal ke kakak bebel ko ni??! Ok la, bebel-bebel kenevla letak gambar kan..  

Thursday, December 29, 2011

ICT Shah Alam.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Terkejut x dengar ICT Shah Alam as post title? Sebenar-benarnya, aku dan keluarga telah melawat ICT Shah Alam pada hari Rabu lepas. Kami balik hari je. Bertolak jam 6 ptg dari Melaka, then balik jam 2pg dari Shah Alam.

ICT memang best la kan. Banyak lampu2 dan yang paling best ada....Snow Walk! Hahahha. ICT memang indah, nice, cantik, cuma, sebab still lagi bnyk construction yg belum siap, jadi banyak tempat jalan yg berlecak. Kami pergi ke sana siap bawak bekal, sambal udang, rendang ayam cili api dan ketupat. Termasuk la jajan, keropok2 dan roti. Tau-tau la kan, mak kite memang suka masak!

Snow Walk sangat berbaloi laa kalau masuk. Bayangkan, kanak-kanak cuma perlu bayar tiket sebanyak RM20 manakala adults sebanyak RM 25. Then, lepas dah puas main Snow Walk, kalau nak keluar amik angin, then masuk balik pon free. Jacket free. Cuma gloves dan boots je kena sewa.

Ini adalah foto kenangan kami sekeluarga!





Tq baca!

Lonely Girl

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Uhuk-uhuk berhabun-habuk blog ni. Lama tuan dia tidak berkarya. Sempena dengan final exam semester ni, buat pertama kalinya aku menghabiskan sisa-sisa pembelajaran aku di rumah. Dengan internet yg super duper laju, astro, Tentang Dhia, Upin Ipin dan shopping, menyebabkan aku kadang kala leka. Alhamdulillah, dpt habis cover exam yg menjelang ini.

Aku mengaku aku a lonely girl, semenjak dua menjak Amir Ariff kesayanganku study abroad, semenjak aku tidak sama kuliah dengan Wan, semenjak aku xsama group dengan classmate super duper awesome aku, aku become a lonely girl. Aku kadang2 rasa macam aku xde kawan.

Sedangkan, dekat UMP, aku ramai kenalan, roomates yg menyayangi aku, Cik Myra & Cik Malin. Ada peneman, Cik zirah & Cik Farah. Tapi aku still rasa lonely. Aku ada juga Cik Ling-ling nak teman kongsi pendapat dengan aku. Even Amir jauh, he is still webcam with me. Moreover, my former classmates ada juga laa berborak2 dengan aku. Even Wan pon selalu busy dengan persiapan kahwin pun still nak luangkan masa berborak2 dengan aku.

Why I still feel lonely? Aku ni dikira kerap balik rumah dengan obvious nye laa! Sebab hampir keseluruhan gaji aku dihabiskan dengan balik kampung lagi-lagi bila ada cuti. Aku selamba badak je balik kampung.

Aku lonely sangat. Aku actually mengaku la dekat blog aku ni, sebenarnya aku rasa aku sorang-sorang, mcm xde kawan. Aku selalu balik rumah, bnyk masa aku dengan roomate terbuang. Hari tu aku terlepas sambut birthday Myra. Aku actually terasa kecil hati masa diorang bercerita dekat aku yg diorang pergi sambut birthday Kecik. Aku sedih sgt. Aku xdpt join, bnyk cerita aku terlepas, then banyak sweet memory aku xde. Aku sedih.

Aku pon terlepas diorang berjimba ke Telok Cempedak & Makan KFC masa study week sebab aku berada di rumah. See, see, see? Betapa jauhnya aku dari roomate aku. Banyak sweet memories dengan diorang semester ni aku terlepas. Banyak gambar2 roomate aku bersama2 geng2 aku berempat tanpa aku.

Sedih kan jadi aku? Aku sgt2 lonely. Aku jealous. Even aku duduk rumah pon aku still lagi jealous geng2 aku keluar beramai2. Aku lonely sgt.

Tapi. Tapi. Tapi. Aku dari rumah ni keep rasa happy nengok diorang hepi. Hehehe.. yela, asalkan diorang hepi, aku pon dpt gambarannya. So, sebab aku selalu terlepas dan xdpt luangkan masa dengan diorang, aku selalu balik tanpa tgn kosong. Aku bekalkan diorang makanan, kek, semua. Aku syg kot geng aku.

Aku harap2 aku dan geng2 aku semua dapat jawab final exam ni dengan berjaya. I miss them. Xsabar nak balik Sabtu ni.

Saturday, August 20, 2011

Contest "My Food & Me" by Kakak Kidal. Cepat la semua join!!


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Hi uolls semua, hari ni kakak kidal berbesar hati laa sangat nak buat contest pertama kalinya kat blog akaks ni. Haa, ni nak cercite-cercite sedikit pasal konsep contest MY FOOD & ME ni. Contest ni dianjurkan oleh akak sendiri sebab akak memang sangat-sangat rajin membuat chocolate, cupcakes, tolong my mom buat macaroons segala bagai sekarang ni. Almaklum laa, Bulan Ramadhan AlMubarak & Hari Raya Aidilfitri kan bakal menjelang tidak lama lagi. Jadi akak berbesar hati nak sponsor hadiah kat uolls.

MY FOOD & ME

Syarat-syarat penyertaan

1) WAJIB menjadi followers Aiza The Lefthanded tidak mengira korang ni dari Tumblr ke, Blogspot ke, Photopages ke yang penting blog!
2) Mesti letak BADGE My Food & Me di sidebar blog masing-masing.
3) Mesti membuat satu entry khas untuk contest MY FOOD & ME dengan attach gambar uolls bersama makanan uolls yang cercantik-cercantik dan menulis sedikit description pasal gambar uolls tu okeyh!

Contohnya seperti berikut:


Kakakkidal memang suka makan fries McD!!!

4) Kemuadian, uolss WAJIB menghantar link entry uoolss pasal contest ni pada comment box di sini sebab akaks nak uolls inform laa entry uolls!
5) DUE DATE pada jam 23.59, 20 Ogos 2011. Ingat tau!
6) PEMENANG (seorang jerr!) akan mendapat 25 pieces Macaroons dan 9 pieces chocolates!!!



Manakala, seorang pemenang bertuah yang misteri akan mendapat duit raya!!!


Apa lagi, mari laa beramai2 join contest akaks! Semoga berjaya!