Asslamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Semangat betul aku kan nak masuk semester baru. Sepanjang aku dok lepak depan laptop usha-usha baju-baju online, tudung dan kasut segala bagai untuk bergaya sakan bak Hana Tereksima ni terdetik lak kat hati aku untuk buat entry berangan.
Aku ade jugak berangan sikit-sikit untuk penuhkan CLOSET aku bila naik semester baru nanti. Lumrah seorang gadis macam aku ni, asal masuk semester baru, dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki, mesti ada satu dua barang baru. Orang lain aku xtahu laa. So, aku nak laa bagi tahu korang apa jenis- jenis oufit yang aku akan penuhkan dalam CLOSET aku nanti, Insayaallah. Kita mulakan dulu dengan
Headgear
Headgear ni mcm shawl, ribbon, skarf dan segala sanggul bagai. Kali ni, akalu berpeluang, aku nak try satin shawl ala-ala kak Hana and kak Yuna. Maybe, aku nak borong Maysaa punya inner skarf sampai buncit. Lately ni orang sibuk-sibuk pakai satin shawl, aku pon xnak laa kurang, nak jugak satin shawl!
Outwear
Untuk outwear ke kuliah, ni aku kena alert sikit laa terutamanya pada cuaca dan keadaan semasa UMP. Seperti sedia maklum ye, iklim tropikana kat Gambang tu bukan laa selalunya menyebalahi orang kakiketiakbasah macam aku ni, so, xsesuai la untuk aku pakai innerwear ngan T-shirt, jadi cardigen or loose blazzer laa pilihan aku semester hadapan. Lagi pon formal kan. Kalau nak pakai baju kurung, xde maknanya untuk gadis aktive macam aku ni. Aku ade la survey blazzer-blazzer kat Topshop, Forever 21 and Zara, tapi bukan la plagiarize tau, aku cuma ubah sikit-sikit detail blazzer tu dan jahit blazzer sendiri. Nak beli mahal!
Legwear
Untuk legwear, kalau nak pakai tide or legging perempuan muslimah bertudung dan curvy macam aku ni pasti akan dikecam oleh masyarakat UMP. Jadi, baik aku elakkan laa. Buat masa ni Jeggings ala-ala jeans je mungkin sesuai kot untuk aku. Tu pon kalau aku ade daya saing untuk kuruskan selulit, mesti lagi cantik kot. Kalau basic skirt, scallop skirt atau lace skirt pon aku rasa aku nak beli tok pakai pergi kuliah. Ala satakat skirt with boyfie loose T-shirt pastu tide in kan, mesti nampak kemas dan leh laa sorok perot muncit aku ni. Ni laa masalah aku, lepas makan mesti buncit! @#@$^!!!!
Footwear
Aku ni sekarang demam boots dan tapered shoe. Nasib la semester lepas aku dah try skali tapered shoe ni, jadi xde makne laa aku nak beli lagi. Commonly, fashion week Korean for Spring and Autumn Collection musim lepas semuanya mengila babun tunjuk boots and Supra. So, keinginan aku tok ubah sikit keadaan kaki aku ni semakin sampai ke puncaknye bila aku lihat banyak online blogspot yang jual Supra and Boots.
Bagi gadis semasa macam aku ni, bergaya adalah satu kemestian memgikut kesesuaian dari bentuk tubuh dan keadaan sekeliling kita. Macam aku ni, dah jadi ex-shopaholic, xde laa shopping membabi buta. Even aku yang xshopping ni pon duit xcukup, masakan kalau aku bershopping.
Entry ni cuma laa angan-angan aku, misal aku ade duit lebih before or after masuk semester baru ni. La ni kerja part time, gaji pon xdapat lagi dah angan-angan. Memang segala yang aku tulis ni jadi semangat pendorong tok aku kompol duit banyak-banyak, selesaikan hutang piutang dan bersungguh-sungguh belajar supaya ada duit je.
Banyak sgt melalut!
No comments:
Post a Comment